fbpx

MotoGP: Aldeguer pasang angan tawan Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALDEGUER mengakui podium ketiga di Le Mans terus membakar semangatnya memburu penamat lebih baik di Silverstone. - AFP

SILVERSTONE – Fermin Aldeguer semakin mencuri tumpuan sebagai bintang baharu MotoGP apabila berjaya menaiki podium dalam perlumbaan keenamnya bersama Gresini Racing dan kini mula memasang impian untuk mencipta sejarah sebagai pemenang paling muda dalam kelas utama.

Pelumba berusia 19 tahun itu tidak menyangka akan berdiri di atas podium selepas menamatkan GP Perancis di tempat ketiga iaitu satu keputusan yang mengejutkan meskipun berlangsung dalam kondisi sukar.

“Kalau ada orang beritahu saya awal musim bahawa saya akan naik podium dalam GP musim ini, saya pasti takkan percaya,” katanya.

Ekoran kejayaan itu, Aldeguer turut mendedahkan rancangan jangka panjangnya bersama Ducati, termasuk hasrat untuk menyertai pasukan utama menjelang musim 2027.

“Sasaran semua pelumba baharu pastinya untuk ke pasukan utama dan saya bernasib baik kerana kontrak saya terikat dengan Ducati. Kalau saya terus buat dengan baik, saya patut dapat jentera rasmi Desmosedici pada 2027. Itu perancangannya,” jelasnya.

Mengulas peluang di Silverstone minggu ini, pelumba dari Murcia itu mengakui tetap bermotivasi, namun mahu kekal realistiK dan turut mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik dalam tunggangannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI