fbpx

[VIDEO] Dua maut tersepit bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA individu termasuk seorang wanita warga Vietnam maut selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan lori dan kereta di Lebuh AMJ, Serkam awal pagi tadi.

MELAKA – Dua individu maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, berhampiran Serkam (AMJ), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Nguyen Thanh Loan, 46, warga Vietnam dan Abdullah Shajed, 45, dari Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Shahril Zauni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.53 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil serta BBP Merlimau dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Nissan UD dan kereta Toyota telah mengakibatkan dua mangsa tersepit di bawah lori berkenaan.

“Pasukan penyelamat bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada pemberita, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI