KEADAAN kios Laman Niaga Uptown Kluang tanpa aktiviti perniagaan di Jalan Bakawali, Kluang semalam.

Kios berlambak tapi peniaga tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Kluang (MPK) digesa menangani segera masalah lambakan gerai dan kios kosong yang tidak bero­perasi untuk berniaga dalam kawasan tanggungjawab pihaknya.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Sulaiman, 53, berkata, antara yang paling ke­tara adalah di Laman Niaga Uptown Kluang di Jalan Bakawali apabila hanya lapan daripada 18 kios disediakan beroperasi setiap hari.

Katanya, 10 kios yang sudah bertahun-tahun kosong itu, sebahagian daripadanya masih mempunyai nama pemilik walaupun tidak pernah menjalankan perniagaan di situ.

“Secara hakikatnya, ramai yang ingin berniaga di kios Laman Niaga itu kerana lokasi berhampiran bandar, namun terhalang apabila mendapati masih ada penyewa walaupun tiada perniagaan dijalankan.

“Perkara seperti ini harus mendapat perhatian pihak MPK dengan turun padang mengenal pasti kios yang kosong dan menyerahkan untuk sewaan kepada orang lain menjalankan perniagaan,” katanya di sini semalam.

Menurut Sulaiman lagi, tempoh masa untuk mendapatkan satu-satu kios yang agak lama juga menjadi sebab-sebab utama peniaga tawar hati untuk menyewa dan mereka menjadikan pasar malam sebagai tempat mencari pendapatan.

Ujarnya, turut perlu diberikan perhatian adalah lot niaga di Hentian Bas Kluang apabila puluhan lot kosong tanpa akti­viti perniagaan akibat daripada tindakan peniaga menutup aktiviti jualan kerana tiada sam­butan daripada orang ramai.

“Sehingga kini tidak sampai 20 buah lot niaga menjalankan aktiviti perniagaan dibahagian atas hentian itu dengan pendapatan sekadar ‘cukup makan’ setiap hari.

“Satu langkah perlu dilakukan bagi ‘membawa’ orang ramai ke dua destinasi perniagaan itu bagi membolehkan mereka meraih pendapatan lumayan hasil daripada kemudahan disediakan ini,” katanya.
Jelasnya, orang juga perlu tahun kawasan ini ada kios.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN