fbpx

Perak FC, Kedah boleh sertai Liga A1 – AFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Yusoff (kiri) mahu KDA FC dan Perak FC dapat memeriahkan saingan Liga A1 musim depan. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Amatur (AFL) sedia membuka pintu buat dua pasukan berstatus negeri, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC sekiranya berminat untuk bersaing dalam kancah Liga A1 musim depan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, pihaknya selaku badan pengelola Liga A1 sedia pelawan KDA FC dan The Bos Gaurus selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan untuk bersaing dalam kancah Liga Super.

“Kita tak mahu bila pasukan jatuh, terus hilang. Liga A1 ini jadi platform untuk KDA FC dan Perak FC terus hidup, terus berjuang,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Penyerahan kenderaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM berharap pengurusan Sang Kenari dan Perak FC ambil iktibar atas apa yang berlaku dan bangkit semula pada masa akan datang.

“Pasukan macam ni perlu ruang untuk ambil nafas, susun balik pasukan dan perlahan-lahan bina kekuatan. Harapan kita, suatu hari nanti mereka akan kembali ke Liga Super,” katanya.

Sebagai rekod, nasib KDA FC dan Perak FC telah disahkan pada hari ini apabila gagal memperoleh Lesen Kebangsaan ekoran kemelut luar padang yang dihadapi sepanjang musim lalu.

Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, kegagalan Kedah dan Perak berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap kriteria kewangan yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI