fbpx

Guna lori tamat cukai jalan 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kifli menunjukkan antara lori muatan batu yang ditahan JPJ. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Tindakan berani tiga buah syarikat pengendali lori yang menggunakan kenderaan telah tamat tempoh cukai jalan selama sembilan tahun memakan diri apabila ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar Lembah Klang, bermula kelmarin.

Ketiga-tiga buah lori jenis Tipper itu berjaya ditahan di Elmina di sini dan Cyberjaya oleh pasukan khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi dijalankan ekoran peningkatan kes pemilik kenderaan berat yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, ini termasuk gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), tidak mempunyai insurans kenderaan serta melakukan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah lori telah tamat LKM atau cukai jalan selama sembilan tahun dan dua buah lagi tujuh tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar khas berkaitan kenderaan berat di Stesen Penguat Kuasa JPJ Elmina, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, dalam salah satu operasi di Elmina memerlukan pihaknya mengekori dua buah lori yang membawa muatan lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan BRP 7 Kuang, Rawang.

Katanya, dua pemandu lori dipercayai warga asing melarikan diri sebaik sahaja melihat anggotanya menahan lori itu.

“Ketiga-tiga lori telah disita untuk tindakan lanjut dan syarikat pemilik kenderaan ini sudah dikenal pasti.

“Tindakan tegas akan dikenakan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, serta Seksyen 58 (1)(a), Seksyen 58 (1)(b) dan Seksyen 57 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI