fbpx

Pesara menangis tak berlagu, modal RM431,000 ‘ghaib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KULAI – Hasrat pesara syarikat swasta untuk meraih ‘durian runtuh’ lebur malah terpaksa menanggung kerugian RM431,000 akibat pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa mendakwa terpedaya dengan sindiket pelaburan itu selepas dijanjikan keuntungan antara 20 hingga 30 peratus dalam masa tiga hari yang akan terus ke akaun aplikasi.

“Mangsa kemudian telah membuat sebanyak 32 transaksi berjumlah RM431,000 ke dalam tiga akaun  bermula dari 17 Mac hingga Khamis lalu. Selepas pembayaran dibuat, mangsa menyemak aplikasi tersebut dan mendapati jumlah keuntungan mencecah RM3 juta,” katanya dalam kenyataan.

Seng Lee berkata, mangsa mencuba untuk keluarkan keuntungan yang diperolehi namun warga emas itu telah diminta untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak RM30,000.

“Mangsa yang gagal mengeluarkan wang pelaburannya mula mengesyaki dirinya ditipu dan membuat laporan polis, semalam,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI