fbpx

Kanak-kanak 11 tahun lemas jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemukan lemas dalam kejadian di Kota Aur, Kuala Muda, Kepala Batas, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dilaporkan terjatuh ke sungai di Kota Aur, Kuala Muda, Seberang Perai Utara di sini, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Aidil Firash Khairul Azman berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi terbabit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.24 malam tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dengan diketuai Komander Operasi, Saiful Adimin Ibrahim.

“Mangsa kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah terjatuh ke dalam sungai. Mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini sebentar tadi.

Tambahnya, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 8.37 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI