PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 13 negeri hingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu, hujan lebat di Selangor dijangka tertumpu di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala Johor dijangka membadai kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.
“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Bagi Pahang, melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin),” kata MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan di Sarawak kawasan yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Amaran sama dikeluarkan di Sabah melibatkan daerah Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) – KOSMO ONLINE