fbpx

Cklamovski enggan layan kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CKLAMOVSKI (tengah) mengakui tempoh rehat empat minggu menyebabkan beliau memberi keutamaan terhadap tahap kecergasan pemain.

SKUAD Harimau Malaya enggan melayan dakwaan negatif segelintir pihak sebaliknya mahu memberi tumpuan penuh meningkatkan kecergasan pemain bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2027 sepanjang latihan pasukan kebangsaan kali ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, fasa pertama kem latihan ini penting kerana pemain perlu kembali cergas setelah berehat selama empat minggu sebelum ini.

“Dalam senarai pemain dipanggil, kami bawa pemain bawah 23 tahun untuk diberikan pendedahan terbaik sepanjang latihan. Mereka adalah masa depan skuad senior akan datang, kerana ada antara mereka bakal berdepan kelayakan bawah 23 Piala Asia September ini.

“Seramai sembilan pemain bawah 23 tahun akan menjalani latihan bersama pemain senior, dengan barisan kejurulatihan turut melibatkan Nafuzi Zain, Hairuddin Omar dan Aidil Zafuan Abd. Radzak,” katanya dalam sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Tambahnya, setiap program dirancang tidak boleh dilaksana dalam tempoh singkat, sebaliknya memerlukan tempoh yang panjang dan berperingkat.

“Latihan yang dibuat dengan pemain-pemain dipanggil ini dirancang dengan teliti dan bukan dibuat secara tangkap muat. Jika kita kekal dengan usaha ini pastinya akan mendapat pulangan positif.

“Kem latihan yang dibuat secara tiga fasa ini sebagai persiapan Harimau Malaya menghadapi Vietnam bagi aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027,” jelasnya.

Tambah beliau, tindakan memanggil pemain Fergus Tierney dan Muhammad Abu Khalil yang tidak tersenarai ketika sesi latihan Mac lalu adalah kerana peningkatan prestasi ditunjukkan kedua-dua pemain ketika beraksi dalam Liga Thailand.

“Bagaimanapun, Tierney dan Muhammad perlu buktikan mereka mampu beri impak dalam skuad kebangsaan, buktikan pengalaman mereka beraksi di luar negara dengan tampil persembahan lebih konsisten,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI