fbpx

Tunggakan sewa rumah PPR cecah RM70 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maimunah (gambar kecil.

KUALA LUMPUR – Tunggakan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dianggarkan mencecah lebih RM70 juta.

Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Memang betul tunggakan sewa di PPR amat tinggi menjangkau lebih RM70 juta di seluruh Kuala Lumpur.

“Kita mengadakan libat urus termasuk memberi notis kepada penyewa untuk membayar sewaan,” katanya ketika ditemui selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat di Dewan Serbaguna Desa Rejang, di sini hari ini.

Maimunah berkata, usaha tersebut adalah penting kerana bayaran tersebut membolehkan pihak DBKL memberikan perkhidmatan terbaik buat penyewa.

Pada masa sama, satu sesi townhall disertai Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa turut diadakan bersama penduduk PPR Desa Rejang bagi mendapatkan maklumat berhubung masalah yang dihadapi.

Maimunah memberitahu, antara isu yang dibangkitkan adalah kekurangan tempat letak kenderaan, penyelenggaraan bangunan, aspek keselamatan dan perniagaan.

“DBKL sedang menyediakan draf bajet untuk 2026 dan (sesi dialog) ini dapat memberi sedikit indikasi apakah keperluan di PPR dan perumahan awam.

“DBKL juga sedang meneliti kemungkinan memberi peluang pemilikan rumah kepada penyewa yang benar-benar layak khususnya mereka yang tidak berkemampuan membuat pinjaman bank,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI