fbpx

Draf pindaan Akta Penjara dibentang di Parlimen tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin mengiringi Ramli Ngah pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-235 Tahun di Padang Kota Lama, hari ini.

GEORGE TOWN – Draf berkaitan pindaan Akta Penjara kini berada di peringkat semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah pindaan akta itu akan membuka jalan kepada pelaksanaan kaedah tahanan rumah sebagai alternatif kepada penahanan dalam penjara, khususnya bagi pesalah yang sedang dalam tahanan reman dan bukan atas kesalahan berat.

“Kita bentang (di Parlimen) tahun ini (draf pindaan Akta Penjara).

“Dari segi Kabinet dah luluskan peringkat dasar. Ia sekarang di peringkat Jabatan Peguam Negara yang sedang bangunkan matrik pindaan,” katanya katanya pada sidang akhbar menghadiri majlis sambutan Hari Penjara ke-235 tahun. Yang hadir merasmikan majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib.

Menurut Saifuddin, pindaan Akta Penjara yang baharu ini akan menjadi asas perundangan bagi pelaksanaan tahanan rumah yang lebih manusiawi, serta mampu mengurangkan kesesakan penjara dan tekanan terhadap fasiliti yang kini sudah uzur dan usang di beberapa lokasi.

“Dalam penjara sekarang kita ada 81,000 banduan, dan 27,000 daripada jumlah itu adalah tahanan reman. Kalau kita boleh tapis dan sasarkan mereka yang terlibat dalam kesalahan ringan, maka mereka boleh menjalani tahanan di rumah dengan memakai peranti pemantauan sepanjang tempoh perbicaraan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan turut merancang meminda Akta Perintah Kehadiran Wajib bagi membolehkan perluasan skop hukuman ringan sehingga 10 tahun penjara, berbanding had sedia ada tiga hingga empat tahun sahaja.

“Kami di KDN sentiasa berpandukan dasar berasaskan data. Kami tahu siapa yang ditahan, kes apa, dan boleh tapis mereka yang layak untuk keluar melalui Perintah Kehadiran Wajib atau program komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI