fbpx

Harga ubat: Kementerian pertimbang cadangan MMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly beramah mesra bersama kakitangan kesihatan selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Bidan dan Hari Jururawat Peringkat Kebangsaan 2025 di Institut Kanser Negara hari ini.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan cadangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk meletakkan penandaan harga ubat di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu diteliti secara serius dan cermat, sebelum KKM membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

“Kita mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan saya telah mengarahkan kepimpinan tertinggi KKM untuk meneliti kembali bagaimana kita boleh memenuhi permintaan (mereka) dan bersikap adil. Jika ia boleh kita pertimbangkan untuk letakkan perkara penandaan harga ubat di bawah Akta 586 yang berada di bawah kawalan KKM.

“Saya mahu menunjukkan bahawa kita benar-benar responsif dan dengar apa yang mereka ingin katakan. Kita nak berikan ‘dignity’ kepada profesion pegawai perubatan am yang saya selalu sebutkan antara tulang belakang penting dalam kesihatan awam,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan MMA mencadangkan pindaan dibuat terhadap Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi membolehkan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik swasta dibuat mengikut undang-undang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI