fbpx

Amorim malu United kelab belasahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United kelihatan buntu selepas tewas mengejut 0-2 kepada West Ham kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui amat malu untuk menerima hakikat tentang kedudukan semasa pasukannya dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kelmarin, The Red Devils tewas buat kali ke-17 musim ini selepas tunduk 0-2 kepada West Ham United di Old Trafford menyebabkan Amorim merasakan jawatannya berada dalam bahaya jika gagal mengubah situasi malang yang dialami ketika ini.

Ia juga adalah kekalahan paling banyak dicatatkan United sejak mereka tersingkir daripada saingan utama pada 1974 dan Amorim mengakui permasalahan mula berakar umbi dalam pasukan hingga ada pemain langsung tidak peduli sekiranya kelab mengalami kekalahan.

“Apa yang sepatutnya dirasakan oleh pengurus Manchester United jika inilah kedudukan kami? Sukar untuk diterima tetapi ia amat memalukan.

“Semua orang perlu berfikir secara serius, terdapat banyak perkara yang kami perlu tukar pada penghujung musim ini. Saya bercakap tentang diri saya dan juga budaya pasukan.

“Kami perlu lebih berani pada jendela perpindahan musim panas nanti. Jika itulah yang kami rasakan, kami sepatutnya beri peluang kepada orang berbeza,” katanya.

Pengurus dari Portugal itu juga bingung untuk menewaskan Tottenham Hotspur di final Liga Europa pada 22 Mei ini, namun terpaksa mengakui seluruh pasukan perlu menganggap kem mereka akan dilanda ‘malapetaka’ sekiranya United gagal julang trofi berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI