fbpx

‘Dah bayar RM500,000 pakej urut, premis pula tutup operasi ‘

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHI LI (duduk dua dari kiri) bersama pengadu menunjukan salinan laporan polis dibuat oleh mangsa pada sidang akhbar di Bangunan MCA , Danga Bay , Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kira-kira lebih 1,000 pelanggan yang mengambil pakej urutan dengan sebuah pusat kesihatan dan kecantikan yang beroperasi di lima negeri merasakan tertipu apabila premis itu tidak lagi beroperasi.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA, Heng Zhi Li berkata, kesemua 28 cawangan premis di Johor , Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sudah tidak beroperasi sejak 1 Mei lagi.

Zhi Li berkata, anggaran kerugian keseluruhan yang dialami kesemua pelanggan terbabit yang mengambil pakej bernilai antara RM2,400 hingga RM10,000 ialah berjumlah RM500,000.

“Apa yang menyedihkan pengusaha premis tersebut tidak memaklumkan akan menutup operasinya. Sejak bulan lalu, ketika pelanggan tetap menghubungi untuk membuat temu janji, pengusaha memberi alasan tiada slot kosong.

“Secara tiba-tiba, pelanggan dimaklumkan bahawa premis itu tidak lagi beroperasi sejak awal bulan dengan alasan aliran tunai tak mencukupi dan tidak ada tenaga pekerja mencukupi,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan MCA Johor, di sini hari ini.

Menurut Zhu Li, setakat ini pihaknya dimaklumkan seramai 54 individu telah tampil untuk membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MCA Johor berkata, mangsa tertarik dengan pakej yang ditawarkan premis tersebut kerana harga yang berpatutan dan boleh digunakan di kesemua cawangan premis itu. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI