fbpx

PATI lepak Hentian Bas MBKT diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 256 warga asing yang diperiksa dalam Ops Kutip dan Belanja JIM di Hentian Bas Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam Ops Kutip dan Belanja di sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, operasi dilaksanakan selepas pihaknya menerima aduan mengenai lambakan warga asing di kawasan hentian bas utama sekitar bandar raya ini.

“Seramai 256 warga asing diperiksa dengan 17 daripada mereka didapati gagal mengemukakan dokumen penjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki warga Myanmar, Bangladesh (empat) dan masing-masing seorang warga Pakistan dan India,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, kesemua PATI ditahan berusia 15 hingga 53 tahun. Salah seorang suspek ditahan dikesan cuba memperdaya anggota penguat kuasa dengan mengemukakan dokumen palsu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. Mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI