fbpx

Majoriti doktor, jururawat bekerja dengan semangat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap merasmikan CRM Trial Connect 2025 di Bangsar South di ibu negara hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Majoriti petugas kesihatan terutama doktor dan jururawat di negara ini melaksanakan pekerjaan mereka dengan penuh semangat dan keprihatinan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dibesarkan di kuarters Hospital Bukit Mertajam dan mempunyai isteri seorang doktor melihat sendiri perkara itu.

“Saya dapat saksikan profesion jururawat, juruteknik (di hospital) dan doktor yang bertugas dengan semangat dan keprihatinan yang kuat dan bekerja dengan komitmen luar biasa mendampingi rakyat terutama dalam kesakitan dan derita.

“Itu yang saya lihat mengesankan. Tentunya tidak mewakili semua, tetapi ramai sekali profesion dalam bidang perubatan yang dianggap mempunyai sikap sedemikian,” katanya pada majlis Perasmian CRM Trial Connect 2025 di Bangsar South di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sektor kesihatan, namun tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk untuk memastikan kos perubatan tidak melambung tinggi.

Menurut beliau, seperti yang diketahui umum, syarikat-syarikat besar dunia dalam industri kesihatan mencatatkan keuntungan terlalu tinggi, tetapi pesakit dan kerajaan terbeban.

Justeru, katanya, beliau telah memberi penekanan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung reform terhadap penyelidikan, keutaman ubat-ubatan dan memastikan jenis ubat generik yang dikemukakan.

“Serta tidak bergantung dengan syarikat utama dunia yang mengenakan kos yang keterlaluan tinggi. Saya ucap terima kasih KKM cepat mengambil langkah.

“Saya selalu ‘alert’ Dr. Zul (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad), ‘please alert your staff’ (doktor) bukan sahaja tahu tentang penyakit, tetapi memahami juga penyakit ekonomi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI