fbpx

Hujan lebat di enam negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga malam ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Pahang (Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

“Ribut petir pula dijangka berlaku di Sabah sekitar Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh)” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI