fbpx

Konsert MeleTOP, bintang popular serang Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN artis seperti Dayang Nurfaizah, Zee Avi, Hafiz Suip, Marsha Milan, Adira, Ayu Damit serta Stacy selain Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong akan berkampung di Miri, Sarawak sempena Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini. Antara selebriti lain yang turut sama memeriahkan pentas ialah Hael Husaini, Dolla, Nadeera, Floor 88, Mimi Fly, Namie, Wani Kayrie dan Noki K-Clique.

MENGANGKAT tema Nang Champiyen Nang Lagend yang bermaksud yang juara, yang legenda, Konsert MeleTOP TVS di Miri, Sarawak yang membariskan ramai penyanyi tersohor dirancang diadakan sebagai acara tahunan.

Direalisasikan dengan kerjasama Astro dan TV Sarawak (TVS) pada 17 Mei ini, sambutan penonton bakal menjadi penentu sama ada acara muzik mega itu mampu diteruskan pada masa akan datang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal berkata, kedua-dua stesen berharap dapat meneruskan penganjuran Konsert MeleTOP TVS untuk edisi akan datang sekali gus menjadikan acara itu sebagai medan pengerat hubungan.

“Kita lihat kalau penganjuran pertama ini berjaya, kita akan mengadakannya di daerah lain pula. Kali ini di Miri, mana tahu selepas ini di Bintulu, Sibu atau Kuching.

“Astro merupakan rakan media kami selama lebih empat tahun, kerana itu kami memilih Astro untuk menjayakan acara ini,” katanya ketika sidang media konsert di Astro, baru-baru ini.

Festival muzik berskala mega di Stadium Tertutup Bandaraya Miri tersebut menghimpunkan barisan artis dari Bumi Kenyalang dan Sabah termasuk Dayang Nurfaizah, Zee Avi, Hafiz Suip, Marsha Milan, Adira, Ayu Damit serta Stacy selain Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong.

Antara selebriti lain yang turut sama memeriahkan pentas ialah Hael Husaini, Dolla, Nadeera, Floor 88, Mimi Fly, Namie, Wani Kayrie dan Noki K-Clique.

Sementara Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hana Rizwana bergandingan dengan pengacara TVS, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh sebagai pengendali pentas.

Tambah Mohamad Sardon, lebih 5,000 pengunjung dari pelbagai kawasan lain di Sarawak termasuk Kuching, Bintulu juga Brunei dijangka menghadiri konsert berkenaan.

Tiga hari

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, konsert berkenaan bakal menyatukan seluruh artis terlibat dan meraikan kepelbagaian etnik serta budaya.

“Muzik sentiasa menyatukan kita semua dan konsert ini adalah platform kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian.”

“Selain konsert banyak aktiviti dijalankan sepanjang tiga hari dari pagi sampai malam termasuk sesi uji bakat Kilauan Emas.

“Pasukan kami juga teruja mempromosikan aktiviti lain termasuk pra-tonton kandungan terbaharu Astro serta demonstrasi produk,” kata Putri Yasmin.

Konsert MeleTOP TVS akan disiarkan secara langsung menerusi TVS (Saluran 122 Astro, MYTV dan UnifiTV), Astro ONE serta Sooka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI