PETALING JAYA – DAP yang merupakan sebuah parti keramat sentiasa menghormati semua agama.
Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, penghormatan itu sudah tentu termasuk agama Islam.
“Saban hari DAP difitnah “anti-Islam”, namun parti keramat ini sentiasa menghormati semua agama.
“Sudah tentunya termasuk agama Islam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Kor Ming juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Katanya, beliau hari ini menyerahkan sumbangan RM72,000 kepada masjid-masjid di Parlimen Teluk Intan.
“Amalan murni ini sudah jadi tradisi kami. DAP untuk semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE