fbpx

Polis nafi tidak siasat kematian Nurul Aina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar mangsa yang dimuatnaik pemilik akaun Facebook Ali ZA dipercayai abg ipar mangsa.

KUANTAN – Polis menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya tiada tindakan diambil berhubung kematian seorang wanita berusia 37 tahun, Nurul Aina Mohd Karim, yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 20 Mac lalu dan siasatan awal telah dijalankan dengan bantuan Unit Forensik HTAA.

“Bedah siasat telah dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (Sudden Death Report). Namun begitu, siasatan lanjut masih diteruskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Setakat ini, seramai 14 individu telah dirakam percakapan termasuk doktor yang melakukan bedah siasat terhadap si mati,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, dakwaan yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan adalah tidak tepat dan boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang berlangsung.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI