fbpx

F1: Russel intai peluang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL didakwa mengadakan pertemuan dengan Horner sekali gus mengaitkan spekulasi bakal menyertai Red Bull. - AFP

LONDON – Pasaran pemandu Formula Satu (F1) bagi musim 2026 makin menarik apabila George Russell dilaporkan telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Red Bull iaitu satu perkembangan mengejut yang boleh mengubah landskap sukan itu.

Kontrak Russell bersama Mercedes bakal tamat penghujung musim 2025 dan menurut sumber, pemandu Britain itu sedang menilai segala kemungkinan untuk masa depannya.

Antara yang mengejutkan ialah pertemuan santainya bersama bos Red Bull, Christian Horner dalam beberapa minggu terakhir.

Prestasi Russell setakat ini membuktikan nilainya antara pemandu terbaik grid 2025, apabila menamatkan semua lima perlumbaan musim ini dalam kelompok lima teratas sekali gus menyerlah sebagai pemimpin baharu Mercedes.

Begitupun, Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff tidak menunjukkan kebimbangan, sebaliknya yakin dengan prestasi cemerlang pelumba berkenaan.

“Kami akan mula berbincang apabila musim Eropah bermula. Tiada tekanan, Russell sedang beraksi di tahap terbaik. Dia melakukan segalanya yang kami harapkan,” katanya

Teka-teki sebenar kini mengenai masa depan Max Verstappen apabila kontrak bintang Red Bull itu masih sah hingga 2028, tetapi dipercayai mengandungi klausa khas membolehkannya berbincang dengan pasukan lain jika tidak berada dalam kedudukan dua teratas kejuaraan dunia.

Meskipun Verstappen sering menyuarakan kesetiaan kepada Red Bull dan menggambarkan pasukan itu sebagai keluarga, dia juga pernah menegaskan bahawa keutamaannya tetap satu iaitu mahu kereta terpantas untuk menang.

Dengan peraturan baharu bakal mengubah hala tuju teknologi dan keseimbangan kuasa, para pemandu elit seperti Russell dan Verstappen tidak mahu ketinggalan dalam perebutan tempat terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI