MELUKIS bagi Nur Aqilah Hanis, boleh merehatkan minda dan melepaskan tekanan.

Guna lukisan terapi bagi melepaskan tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gadis Pesona Ahad minggu ini, Nur Aqilah Hanis Abdul Karim, 28, menceritakan tentang dirinya yang merupakan seorang introvert walaupun terpaksa berurusan dengan orang ramai dalam kehidupan sehariannya.

Sebagai guru seni dan pelukis, Nur Aqilah perlu membuang jauh sifat seorang introvert iaitu pendiam dan suka menyendiri serta menjadi seorang yang mesra dan mudah didekati setiap kali bersama pelajar-pelajarnya.

Gadis ini berhasrat untuk berkongsi tentang dunia seni kepada semua golongan masyarakat sebagai salah satu alat terapi diri.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri anda?
AQILAH: Saya merupakan Seorang guru seni, pelukis dan usahawan kecil. Saya amat meminati dunia seni sejak kecil.

Apa yang perlu ada pada seorang anak seni?
Tidak takut mengekspresikan diri melalui seni, terbuka menerima kritikan, sabar dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran.

SETIAP kali mengajar seni kepada pelajar autistik, Nur Aqilah Hanis belajar tentang kesabaran.

Golongan yang ramai mengambil kelas seni?
Saya mengajar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Ada golongan warga emas yang sudah pencen, datang kelas untuk isi masa.
Selain itu, ramai juga anak-anak autistik hadir kelas, bakat mereka lebih kepada seni.

Seni baik untuk golongan yang mengalami tekanan?
Seni adalah terapi yang sangat berkesan untuk melepaskan tekanan.
Melukis atau mewarna boleh membantu seseorang meluahkan perasaan tanpa perlu menggunakan perkataan.
Aktiviti seni membolehkan minda lebih tenang dan memberi ruang untuk refleksi diri.

Bagaimana seni boleh membantu pelajar autistik?
Seni juga merupakan terapi yang sangat membantu golongan autistik kerana ia membolehkan mereka mengekspresikan emosi dan pemikiran tanpa tekanan untuk berkomunikasi secara lisan.
Ia juga membantu meningkatkan fokus dan memberi mereka satu perasaan apabila dapat membuat pencapaian tertentu selain keyakinan diri.

Hadapi kesukaran mengajar pelajar autistik?
Pelajar autistik lebih kreatif dalam berimaginasi semasa berkarya dan mempunyai jalan cerita tersendiri dalam penyampaian lukisan.
Golongan itu mempunyai cara pembelajaran dan komunikasi yang unik, jadi mereka memerlukan pendekatan yang berbeza bergantung pada tahap pelajar.
Ada yang lebih suka rutin tetap dan ada yang sensitif terhadap bunyi. Justeru, sebagai pendidik, saya perlu menyesuaikan teknik pembelajaran dan memastikan mereka dalam keadaan yang selesa dan berasa selamat.

Apa pandangan tentang kes jenayah melibatkan golongan autistik atau mental?
Kes jenayah melibatkan golongan ini perlu diberi perhatian serius. Sebagai masyarakat, kita perlu lebih peka terhadap keperluan mereka dan memastikan mereka mendapat bimbingan serta rawatan yang sesuai sejak awal.
Pendidikan inklusif, sokongan keluarga dan kesedaran masyarakat sangat penting untuk mengurangkan risiko mereka terjerumus dalam situasi yang boleh membawa kepada jenayah.

Apa kelebihan diperoleh hasil mengajar pelajar autistik?
Setiap kali saya mengajar seni kepada pelajar autistik, saya juga belajar sesuatu yang baharu daripada mereka tentang kesabaran, perspektif unik dan cara melihat dunia daripada sudut berbeza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN