fbpx
Keadaan bangsal kebun dan tanaman penduduk Orang Asli yang dirosakkan gajah liar di Kampung Tendrik, Gua Musang baru-baru ini.

‘Kami buntu setiap hari ada tetamu tak diundang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kira-kira 600 keluarga Orang Asli di Kampung Tendrik, Pos Bihai di sini, kini hidup dalam ketakutan susulan serangan kawanan gajah yang menyebabkan tanaman dan bangsal kebun mereka rosak sejak dua minggu lalu.

Penduduk mendakwa, gajah liar itu semakin membiak sehingga memberi ancaman keselamatan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Tendrik, Pos Bihai, Apek Asud berkata, penduduk risau memikirkan nasib mereka apabila kawanan gajah itu merosakkan hasil tanaman penduduk yang menjadi sumber makanan.

“Hampir setiap hari kumpulan gajah liar ini akan masuk ke kebun penduduk dan merosakkan hasil tanaman kami.

“Kami buntu memikirkan nasib kami yang hanya bergantung kepada hasil tanaman sebagai sumber makanan.

“Jika keadaan ini berterusan, kami bimbang sudah tiada hasil tanaman seperti pisang, ubi kayu dan padi bukit untuk dijadikan makanan keluarga,” katanya.

Seorang penduduk, Amat Pedik, 51, berkata, sebelum ini laporan sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Gajah liar itu semakin membiak sehingga menjadi kawanan yang mencecah sehingga 10 ekor dan sangat membimbangkan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berharap agensi berkaitan dapat membuat penyelesaian konflik haiwan liar dan penduduk di kawasan pedalaman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN