fbpx

5 negara ‘menderita’ internet paling lembab di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DENGAN kemajuan teknologi masa kini, sambungan internet yang laju dan cekap merupakan perkara utama.

Internet ibarat oksigen pada zaman kini yang diperlukan sepanjang masa untuk hiburan, pendidikan, gaya hidup, pentadbiran dan lain-lain. Oleh itu, menyediakan internet dengan kelajuan tinggi merupakan keperluan asas yang perlu disediakan kepada rakyat.

Namun, tidak semua negara bernasib baik menerima sambungan internet kelajuan tinggi. CitaRasa pada minggu ini kongsikan lima negara dengan kelajuan internet yang sangat rendah seperti dilaporkan portal Nomad Capitalist.

1- Paraguay

PARAGUAY merupakan salah satu negara di Amerika Selatan. Sebab utama Paraguay di kedudukan teratas dalam senarai negara paling perlahan kelajuan internet adalah kerana prestasi buruknya. Paraguay dan Venezuela lebih kurang sama dari segi populariti ‘internet paling teruk’.

Sebenarnya setiap suku tahun, kelajuan internet di semua negara akan dipantau dan Paraguay mencatatkan penurunan dua angka, berkurangan sebanyak 16 peratus. Ia penurunan terbesar di rantau Amerika Selatan.
Malah, Paraguay mengalami penurunan 10 peratus dari tahun ke tahun dalam purata kelajuannya, manakala sebahagian besar negara di Amerika Selatan mencatatkan peningkatan.

2- Venezuela

VENEZUELA mempunyai kadar kelajuan internet hanya 1.6Mbps. Walaupun Yemen sebenarnya mencatat kelajuan terendah 1.3Mbps, namun Venezuela tidak jauh di depan. Venezuela diletakkan di kedudukan kedua internet paling lembab dunia kerana kelemahan perkara itu dialami sejak bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang usaha penambahbaikan. Malah, kerajaannya dikatakan sengaja mengekalkan kelajuan internet yang rendah untuk mengurangkan perbelanjaan dan belanjawan kerajaan.

Venezuela merupakan negara yang mempunyai penggunaan internet tertinggi, namun sambungan internet perlahan telah melumpuhkannya sehingga memaksa penghijrahan besar rakyatnya yang kecewa. Bagi setiap halaman jalur lebar untuk dibuka atau diproses mengambil masa 6.7 saat.

3- Yemen

KELAJUAN internet di Yemen adalah serendah 1.3 Mbps. Ia berikutan penggunaan teknologi yang lapuk oleh industri telekomunikasi di negara itu.


Negara miskin tersebut menggunakan teknologi telekomunikasi yang sudah ‘usang’ dipasang pada tahun 70-an dan tidak direka untuk pemindahan data seiring kemajuan teknologi pada masa sekarang.
Negara itu juga tidak menunjukkan usaha untuk mengemas kini atau menyelenggara teknologi ketinggalan zaman sehingga menyebabkan caj bayaran internet agak mahal di Yemen, sekali gus memaksa rakyat Yaman membayar harga sangat mahal untuk sambungan digital.

4- Gabon

NEGARA Afrika Tengah ini turut termasuk dalam senarai internet paling lembab di dunia kerana mengalami gangguan sambungan internet setiap tahun. Bahkan, ketika satu pilihan raya, kerajaan menutup sambungan internet susulan ketegangan yang berlaku di negara itu.

Kerajaannya dikatakan boleh menutup khidmat elektrik sesuka hati mereka. Tindakan tersebut membuatkan rakyat berasa bimbang kerana penutupan internet adalah mekanisme amaran awal pelanggaran hak asasi manusia dan Gabon sedang menuju ke jalan yang gelap. Dengan kelajuan internet hanya 1.9 Mbps akan menghalang negara itu untuk beralih ke arah nomad digital.

5- Mesir

SECARA purata, kelajuan internet di Mesir adalah sebanyak 2.2Mbps.

Jika dibandingkan, internet di negara Afrika lain seperti Kenya berada di prestasi cukup baik iaitu 15Mbps. Hakikatnya, terdapat banyak negara lain yang mempunyai kelajuan internet serendah 2Mbps seperti India dan Bangladesh, tetapi negara-negara ini bekerja keras untuk meningkatkan sambungan jalur lebar mereka. Sehubungan itu, situasi tersebut sangat mengerikan bagi negara Mesir yang mempunyai penduduk celik teknologi, malah syarikat pemula juga telah berkembang pesat sejak beberapa tahun di negara ini, tetapi masyarakat menderita kerana internet yang sangat perlahan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN