fbpx
SIVANESAN (lima dari kanan) selepas merasmikan Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Dalam Perkhidmatan awam selari dengan Kempen Perangi Gula negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

‘Bapa kanak-kanak itu kalau tidak puas hati buat aduan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa maut selepas menerima beberapa suntikan di sebuah hospital di Teluk Intan dinasihatkan membuat aduan secara rasmi kepada pihak hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, keluarga kanak-kanak itu tidak perlu bimbang kemungkinan kes ditutup kerana siasatan kes tersebut akan dijalankan oleh pihak-pihak lain.

“Saya nasihatkan bapa kanak-kanak itu kalau mereka tidak berpuas hati bolehlah membuat aduan secara rasmi kepada pihak hospital.

“Mereka tidak perlu takut kemungkinan pihak hospital akan cuba untuk menutup kes kerana bukan mereka yang siasat. Kementerian Kesihatan (KKM) akan hantar doktor-doktor dari luar untuk siasat kes ini jika ada.

“Bagaimanapun, sehingga semalam tidak ada aduan dan bapa kanak-kanak itu ketika hubungi saya semalam pun beritahu tidak mahu buat laporan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Dalam Perkhidmatan awam selari dengan Kempen Perangi Gula negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Menurut Sivanesan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak juga akan menjalankan siasatan berkaitan isu berkenaan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

“Ada dakwaan mengatakan kejadian ini ada elemen kecuaian perubatan. Siasatan belum lengkap lagi sudah terburu-buru cakap ia satu kecuaian.

“Kita perlu berlaku adil dengan kedua-dua pihak termasuk hospital. Apa pun, tunggu hasil siasatan dulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN