fbpx
Antara selebriti yang sering mempromosikan baju raya daripada pengeluar-pengeluar terkenal. - GAMBAR HIASAN

Cinta tipu-tipu pelaris produk, baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Layari sahaja media sosial pasti kita akan mendengar alunan lagu raya bersekali dengan pakej model memperagakan persalinan Aidilfitri yang cukup menarik dan menawan.

Lenggok bersahaja dengan senyuman manis wanita cantik dan lelaki berwajah tampan.

Laju para penjual baju raya membuat ‘kerja’ dalam menarik pelanggan walaupun puasa masih berbaki 10 hari lagi. Tempoh itu juga bermakna kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh lebih sebulan lagi. Masih panjang dan ada masa.

Namun ia sedikit tidak menjejaskan perancangan itu penting dan disebabkan itu iklan baju raya yang sedang rancak di media sosial. Perang jualan baju raya ini bukan baru bermula kelmarin atau semalam namun telah berlaku sejak awal tahun lagi.

Peniaga sekolah sibuk menjual uniform, peniaga raya sama naik rebut duit pelanggan.

Medium seperti TikTok dan Instagram menjadi ‘saksi’ betapa pengeluar baju semakin ‘gila’ mempromosikan baju raya terdiri jenis kebarung, kebaya, baju kurung, kurung kedah selain tudung dan perhiasan diri jualan mereka.

Pelbagai taktik dilakukan termasuk hadiah menarik.

Dari sudut harga pula, daripada serendah RM100 kepada harga ribuan ringgit untuk sepasang baju dan semestinya nilai itu bergantung kepada perincian dan jenis kain.

Tahun ini dikatakan warna rich brown, lilac, burgundy, golden olive, magenta dan royal blue antara warna yang mendominasi persalinan hari raya pertama. Kalau dilihat warna-warna ini paling banyak dipertaruhkan seller.

Bagaimanapun bukan soal harga atau warna menjadi ulasan penulis tetapi taktik pengusaha baju-baju ini memilih model sekali gus menggunakan kisah ‘cinta’ mereka untuk menarik pelanggan.

Seperti contoh pelakon Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman. Kita tahu tentang kisah silam Fattah selain namanya yang menjadi buah mulut orang ramai selepas berubah status. Amira pula dengan status single.

Selain itu, pemilihan Zizan Razak dan Emma Maembong serta Syed Saddiq serta Bella Astillah. Video sweet pasangan ini saat memperagakan baju raya pastinya menjadi daya penarik untuk pengguna terutamanya peminat.

Sikit-sikit akhirnya pasti terpikat dan mahu bergaya di pagi lebaran sama seperti artis kesayangan. Kisah cinta siapa sahaja tidak mahu tahu, biarpun sekadar lakonan.

Bagi penulis, taktik ini mampu menjual, orang pasti tertarik.

Sekadar bertanya, sudah merancang soal pemberian duit raya, berapa agaknya, RM1, RM5 atau RM10. Kepada suami, duit raya isteri dan anak-anak jangan lupa paling penting buat ibu ayah. Ada lebih beri pada saudara tidak berkenamampuan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN