fbpx
MG5 yang dipandu uji berwarna ‘Nuclear Yellow’ tampak cukup menyerlah.

MG5 sedan sporty ‘kuning nuklear’ buat orang terpegun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEDAN sporty jenama automotif ikonik, Morris Garages (MG) 5 memberi tarikan tersendiri apabila ramai memuji reka bentuknya yang menarik.

MG5 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan oleh pengedarnya, SAIC Motor Malaysia pada Oktober lalu.

Bagi sebuah sedan segmen B, MG5 amat berbaloi dimiliki pada harga RM93,900 tidak termasuk insurans.

Bagaimanapun sebagai pengenalan, SAIC Motor Malaysia membuat promosi rebat sebanyak RM7,000 menjadikan harganya cuma RM86,900.

Penawaran reka bentuk dan harga menarik menjadikan sedan ini berbaloi untuk dimiliki terutama bagi peminat kereta yang mahukan kelainan.

Baru-baru ini penulis berpeluang memandu uji MG5 warna ‘Nuclear Yellow’ yang memberi aura luar biasa apabila memandu jentera ini.

Dari segi dimensi, MG5 berukuran 4,675 milimeter (mm) panjang, 1,842 lebar, 1,473mm tinggi dan jarak roda sepanjang 2,680mm.

Penulis secara peribadi tertarik dengan reka bentuknya terutama bahagian depan yang tampak sinonim dengan sedan sporty dari Eropah.

Jeriji 3D pada MG5 memberi imej maskulin dengan siluet yang berotot serta rekaan bumbung ala coupe dan panaromik.

Kenderaan ini merupakan kenderaan sedan sporty dengan serlahan rim aloi ‘tomahawk’ pada sisinya.

Ia diperkemas dengan rim aloi ‘tomahawk’ berdiameter 17 inci dan bahagian lampu belakang jenis LED berjalur.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter empat-silinder NA yang menghasilkan kuasa 114PS dan tork maksima 150Nm.

MG5 digabungkan dengan kotak gear transmisi automatik i-CVT lapan kelajuan.

Dari segi rupa, jentera ini memang boleh buat orang terpegun, malah kuasa diberikan ketika memandu adalah lancar.

MG5 lebih sesuai untuk pemandu suka memandu secara santai kerana apabila pedal ditekan ia memerlukan sedikit masa untuk ‘perform’ atas jalan raya.

Namun, secara keseluruhan MG5 amat praktikal untuk mereka yang meminati kereta sedan dan sudah berkeluarga.

Bagi penulis, kereta ini jimat petrol dengan isian penuh boleh menempuh perjalanan 541 kilometer walaupun dengan pemanduan had laju lebih 100 kilometer sejam (km/j).

Aspek keselesaan merupakan elemen dititikberatkan jenama ikonik British itu yang kini diambil alih China.

Ruang kabinnya amat selesa dengan kerusi bahagian hadapan dan belakang material upholsteri kulit hitam dengan serlahan merah tampak sporty.

Kerusi ergonomik sedan ini amat selesa, malah kerusi penumpang belakang berlekuk sesuai dengan postur tulang belakang serta ruang melunjur kaki luas.

Ia turut dilengkapi panel instrumen digital tujuh inci, manakala di bahagian tengah papan pemuka terdapat skrin infotainment 10.25 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto serta memancarkan paparan kamera 360 darjah.

Ciri-ciri tradisional diterapkan dengan gear dilaraskan di tengah seperti kereta konvensional lain dan butang kawalan audio pada stereng.

Aspek keselamatan kereta ini antaranya enam beg udara, Electronic Stability Program (ESP) dan pakej MG Pilot yang termasuk Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert, Lane Departure Warning, Lane Change Assist dan Rear Collission Warning.

Kesimpulannya, dengan harga kompetitif di pasaran pengguna boleh mempertimbangkan untuk memiliki sedan ini dengan cita rasa baharu daripada jenama MG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN