fbpx
Musa melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 hari ini.

Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang di-pertua Negeri Sabah ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Tun Musa Aman, hari ini, melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.

Istiadat berkenaan berlangsung di Istana Seri Kinabalubkira-kira pukul 10.22 pagi.
Musa sebelum itu diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin tiba di Dewan Istiadat pada pukul 10.11 pagi.
Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.
Acara diteruskan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.
Terdahulu, Musa Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu.
Pelantikan berkenaan adalah bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028 bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember 2024 selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN