fbpx

Neymar akui pernah terfikir untuk bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR sebelum ini menjadi mangsa kritikan ramai pihak kerana sikapnya di padang yang gemar ‘berlakon’ biarpun bakat yang dimilikinya sangat besar. – AFP

PARIS – Penyerang termahal dunia, Neymar mengakui dia sempat terfikir untuk bersara daripada bola sepak selepas menerima kritikan hebat sebelum ini.

Neymar sering menjadi mang­sa apabila dikatakan gemar ‘berlakon’ dan merebahkan badan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kala­ngan peminat bola sepak.

“Saya tidak pernah hilang keinginan dalam bola sepak tetapi ada ketikanya saya terfikir mahu bersara. Saya bertanya kepada diri sendiri apa gunanya saya bermain lagi jika peminat tidak sukakannya.

“Saya tidak pernah merasai tekanan kerana saya adalah orang yang pandai menguruskan setiap tekanan itu, menjadi pemain No. 10 dalam pasukan Brazil, di PSG dan menjadi seorang Neymar.

“Ada masanya saya akan pulang ke rumah dalam keadaan marah tetapi apabila diingatkan semula bagaimana saya berusaha untuk berada di sini, ia akan membuatkan saya tenang dan kembali kepada realiti,” katanya.

Bekas pemain Santos itu percaya, kewujudan media sosial membuatkan ramai pihak dengan mudah menyerangnya dan melemparkan kritikan tetapi itu semua tidak pernah mengganggu hidup dan kariernya.

“Saya fikir media sosial adalah satu tempat di mana orang akan masuk dan menjadi sebahagian daripada hidup anda, menghukum, meletakkan persepsi dan membenci.

“Sebab itu saya tidak mengambil serius mengenai komen-komen yang diberikan. Saya tidak suka membaca benda yang tidak penting dan tidak memberikan manfaat,” jelasnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI