fbpx
Video tular sekumpulan lelaki berzikir di perkuburan di Kuala Lumpur.

Boleh berzikir di kubur tetapi bersyarat – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Aktiviti berzikir di kubur dibolehkan dalam Islam sekiranya ia dilakukan de­ngan niat yang benar dan mematuhi syariat selagi ia bebas daripada unsur syirik, bidaah atau khurafat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, tujuan utama berzikir di kubur adalah untuk mengingati Allah dan mendoakan ahli kubur agar diampuni dosa-dosanya serta diberikan rahmat.

“Rasulullah SAW sendiri me­nganjurkan umatnya untuk menziarahi tanah perkuburan bagi mengingatkan diri kepada kematian dan hari akhirat.

“Baginda bersabda: “Dahulu aku melarang kalian berziarah kubur, maka sekarang berziarah­lah, kerana itu dapat mengingatkan kalian kepada akhirat (Hadis Riwayat Muslim).

“Biarpun hadis ini tidak menyebut zikir secara langsung, ulama menegaskan bahawa amalan seperti membaca doa dan me­ngingati Allah di kubur termasuk dalam kategori zikir,” katanya.

Beliau mengulas satu video yang tular di media sosial me­maparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik, kuat dan duduk mengelilingi pusara di sebuah kawasan perkuburan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung ­video tular itu, dikhuatiri terdapat amalan tidak jelas atau mencurigakan di tanah perkuburan.

Katanya, sekiranya ritual itu bercanggah dengan ajaran Islam, ia boleh menjerumuskan kepada perbuatan bidaah.

“Umat Islam juga perlu mengelakkan daripada melakukan ritual yang tidak diajarkan oleh Rasulullah seperti mempercayai kubur memiliki kekuatan ter­tentu sebaliknya fokus kepada Allah bukan kepada kubur atau si mati,” katanya.

Berita lanjut: Tengah berzikir atau ritual memuja?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN