fbpx
Nor Akmar ketika menyantuni para penagih sekitar ibu kota.

‘Memang mereka mahu berubah, namun akhirnya mati sendirian di jalanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dianggarkan sebanyak lima kematian melibatkan penagih dadah dibiarkan di jalanan setiap tahun dan hanya ditemui selepas beberapa hari dalam keadaan mereput serta tidak sempurna.

Pengasas dan juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur, Nor Akmar Ali berkata, kebiasaannya mayat itu ditemui di kaki lima, dalam ba­ngunan atau rumah terbiar.

Katanya, penagih tegar yang dikategorikan sebagai gelanda­ngan itu cuba dibantu tetapi kekangan kewangan yang dihadapi pihaknya menyebabkan usaha itu menemui jalan sukar.

“Kami telah menerima lima pelanggan dikategorikan sebagai penagih warga emas yang dibantu untuk mendapatkan kad pengenalan, keperluan harian dan sebagainya.

“Kami terbuka bantu mereka terutamanya di Chow Kit tetapi ada kalanya mempunyai keka­ngan daripada segi kewangan,” katanya.

Menurut Nor Akmar, sepanjang tahun ini, mereka telah menerima 183 penagih dadah lelaki dengan 2.1 peratus merupakan warga emas.

Tambahnya, penagih wanita pula seramai 39 orang dengan 2.6 peratus daripadanya warga emas.

“Saya harap banyak pihak sudi membantu kerana mereka ini sebenarnya mahu berubah dan kita hanya perlu sediakan pendekatan yang tepat untuk membantu,” katanya.

Ujar Nor Akmar, antara cada­ngan yang dilihat mampu mengubah mereka ialah menyediakan bilik khas untuk berteduh dan pemantauan rapi untuk pastikan mereka tidak menagih semula.

“Jujurnya, mereka mahu bebas tetapi tiada bimbingan untuk bawa mereka keluar dari dunia dadah tersebut membuatkan akhir hayat mereka masih de­ngan dadah. Tidak salah mencuba walaupun mereka itu sudah jauh terbabas,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN