fbpx
Sikap tamak menjadi antara punca ramai individu terjebak dengan sindiket penipuan. - Gambar hiasan.

Ghairah mahu kaya, senang jadi mangsa ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sikap tamak haloba dan mahu hidup lebih senang dengan cara mudah menjadi punca utama ramai mangsa begitu senang diperdayakan oleh sindiket penipuan yang menjadikan media sosial sebagai sarang mengaut untung.

Sumber polis berkata, kebanyakan mangsa yang terjerat dengan sindiket pelaburan palsu adalah mereka yang mempunyai banyak duit hasil simpanan selain sumber-sumber lain terma­suk wang persaraan.

“Mereka mahu menambah wang, tetapi tersilap langkah apabila memilih jalan yang salah. Sikap tamak mereka pendorong utama mereka menjadi mangsa scammer pelaburan,” katanya.

Menurutnya, selain itu, kurang pengetahuan terhadap modus operandi atau kaedah yang digunakan sindiket juga menjadi salah satu punca mangsa terjerat dengan perompak moden.

Katanya, berdasarkan laporan polis yang diterima juga mendapati, individu yang mempunyai kerjaya dan berpendidikan tinggi juga tidak terkecuali menjadi mangsa.

“Ada yang kena tipu dengan scammer mereka yang kerja bagus dan hebat seperti doktor, jurutera, guru, malah individu yang sudah berpencen juga ada yang menjadi mangsa.

“Mereka mahu tambah duit dengan cara yang cepat dan mudah, sebab itulah mereka pilih jalan singkat untuk sertai pelaburan yang diiklankan di media sosial,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN