fbpx
ORANG muda rela berhabis gaji ubah suai kereta, beli jam berharga ribuan ringgit, pakai pakaian mahal. - GAMBAR HIASAN

‘Baik beli kereta dulu daripada rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELI rumah dulu, baru kereta.” Itu nasihat yang sering dipesankan orang-orang lama kepada anak-anak muda.

Bagaimanapun, anak-anak muda sekarang lain pula pemikiran mereka, beli kereta dahulu, rumah kemudian pun tidak mengapa.

Mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh membeli rumah dan sebahagian pula takut tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Tetapi sebaliknya mereka mampu pula membeli kereta Honda, Toyota, Mazda dan jenama-jenama terkenal yang nampak gah selain berbelanja besar bagi kepuasan diri.

Rela berhabis gaji ubah suai kereta, beli jam berharga ribuan ringgit, pakai pakaian mahal, telefon bukan ‘cap ayam’, sebaliknya iPhone dan sering pergi bercuti.

Malah sanggup membuat pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan segala keinginan.

Anak-anak muda ‘spesies’ ini suka nampak bergaya di mata orang, mewah dan ikut trend, barulah kena dengan jiwa mereka.

Jika mereka golongan anak muda T20 tidak mengapa, gaji besar dan boleh beli rumah pada bila-bila masa, tetapi ramai anak muda sekarang M40, sebahagian besar B40 sahaja.

Mereka berkelulusan ijazah sarjana muda yang baru bekerja kebanyakan dibayar gaji antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Akhirnya menyewa rumah daripada bujang sehingga berkahwin dan mempunyai anak-anak. Ibarat kita membantu tuan rumah membayar ansuran rumah mereka yang bukannya murah, kebanyakan kadar sewa lebih RM1,000 sebulan.

Jika tuan rumah hendak semula kediamannya atau sewakan kepada orang lain, terpaksa pula kita berpindah mencari rumah sewa lain.

Sebab itu cita-cita untuk memiliki rumah sendiri perlu ada dalam jiwa setiap anak muda. Memang benar harga rumah baharu sekarang terlalu mahal melebihi RM500,000 terutama di Lembah Klang dan bandar-bandar besar lain.

Namun kita ada pilihan lain seperti rumah kos sederhana, pangsapuri, flat atau rumah ‘second hand’ yang harganya lebih rendah berbanding kediaman baharu.

Buang ego dan ukur baju di badan sendiri, jangan hanya tunggu rumah baharu yang besar dan mewah baru hendak beli. Ingat anda golongan anak muda B40 dan M40, bukannya T20.

Semakin anda berusia, makin pendek tempoh pembayaran balik pinjaman, sekali gus menjadikan bayaran ansuran terlampau tinggi. Malah kenaikan harga rumah pula tidak setan­ding kenaikan gaji.

Beli apa sahaja jenis rumah untuk buat aset dan kemudian jual jika mahu membeli rumah lain. Rumah adalah aset yang sukar untuk susut nilainya berbanding kereta.

Tidak salah membeli kereta kerana ia membantu melancarkan urusan harian anda terutama pergi balik kerja, tetapi jangan jadi hamba kereta. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN