fbpx
Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berada di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

NFDP: Panel tersepit ‘angkara’ budi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISU prestasi yang dialami lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang berada di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dikaitkan dengan masalah proses pemilihan pemain sejak dari akar umbi lagi.

Menurut sumber, situasi tersebut berlaku disebabkan beberapa elemen termasuk rasa terhutang budi dan ‘malu mata’ kepada ibu bapa pelatih yang banyak menghulurkan bantuan sehingga terpaksa mengetepikan faktor kualiti dan kelayakan.

Menjelaskan situasi tersebut, sumber mendakwa bahawa ada sebahagian ibu bapa yang merupakan kenalan kepada staf di akademi berkenaan dan sebahagiannya memiliki kemampuan untuk memberikan pelbagai bantuan kepada pasukan.

“Perkara ini boleh berlaku memandangkan ada ibu bapa yang begitu bersungguh-sungguh mahu memastikan anak mereka mendapat tempat. Saya juga difahamkan sudah ada ibu bapa yang menyatakan hasrat untuk memberi bantuan buat pasukan bagi harungi program tahun depan.

“NFDP adalah satu program pembangunan nasional dan persoalannya bagaimana pula dengan reputasinya jika ada mereka yang tidak layak diberikan tempat. Saya faham soal pembangunan akan ada pasang surut, tetapi apa nasib pemain yang benar-benar ada bakat?

“Pemilihan wajar dibuat secara telus dan hanya mereka yang benar-benar layak boleh diserap. Jika hak pemain berbakat dinafikan, ia bermakna kita hilang prospek berkualiti dan ini yang merisaukan saya,” katanya.

Dakwanya lagi, antara situasi yang dikatakan sering berlaku adalah menghulurkan bantuan dalam hal yang babitkan penyediaan jersi atau pun keperluan asas lain kepada pasukan.

Perkembangan tersebut menjurus kepada wujudkan ‘conflict of interest’ yang memberi kesan kepada keputusan panel pemilih biarpun ada sebahagian ibu bapa yang benar-benar ikhlas menghulurkan bantuan.

Sumber sama juga turut merasakan adalah tidak adil untuk peminat menuding jari kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya pasukan negara yang dibarisi pemain daripada NFDP gagal di pertandingan peringkat antarabangsa.

“Dalam NFDP, peranan FAM dilihat lebih kepada khidmat nasihat dan tidak ada hak dalam membuat keputusan akhir. Adakalanya saya kesian dengan FAM apabila mereka dihentam ekoran satu-satu kegagalan.

“Jadi FAM sebenarnya wajar diberikan kuasa lebih untuk memantau aspek teknikal dan bukannya sekadar berperanan dalam memberikan khidmat nasihat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN