PETALING JAYA – Nak berehat di hotel, ada kala jengking atas katil. Itu pengalaman seorang lelaki yang menemui haiwan berbisa tersebut sewaktu menginap di sebuah hotel di Miri, Sarawak.
Lelaki itu memuat naik video pada TikTok memaparkan kala jengking tersebut berada di bawah selimut pada katil bilik hotel.
“Pengalaman buruk semasa di Sarawak. Gilak guys, baru pertama kali jumpa begini,” katanya pada video itu.
Ia mendapat reaksi daripada orang ramai selain ada yang mahu lelaki itu mendedahkan lokasi tersebut, namun dia merahsiakan nama hotel berkenaan.
“Report kat hotel bos. Saya orang Sarawak pun malu tengok servis hotel macam ni, adui lah,” kata pengguna TikTok.
“Nak siok-siok tidur tengah malam. Tiba-tiba naik di badan,” ujar pengguna lain.
“Meremang takut sebab pernah dua kali kala jengking main-main di kepala masa tidur. Nasib tak kena anak masa saya tepis,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE