fbpx
Pekerja di Restoran Nasi Kandar Sulaiman, George Town menampal pelekat larangan merokok di premis tersebut baru-baru ini.

‘Bila ditegur marah, ada yang ajak berdebat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sikap degil dan keras kepala sesetengah pe­langgan yang tidak mengendahkan teguran larangan merokok di premis makanan di negeri ini membuat ramai pengusaha pe­ning kepala sehingga ada yang membawa kepada pertengkaran.

Situasi masih berlaku meski­pun pengusaha restoran telah menampal pelekat larangan me­rokok di setiap penjuru premis sejak penguatkuasaannya pada 1 Oktober lalu.

Pengusaha Nasi Kandar Sulaiman, Mirzan Mohamed Yasin berkata, masih ada dalam kala­ngan pelanggan yang sesuka hati merokok di dalam restoran walaupun sudah dimaklumkan berkali-kali.

Menurutnya, pelbagai pendekatan juga sudah dilakukan termasuk memberi teguran secara baik.

“Memang ada beberapa pe­langgan yang tidak mahu ikut peraturan merokok. Mereka masih mahu menghisap rokok di dalam kedai dan ada juga yang ajak berdebat.

“Apabila ditegur, mereka ma­rah­kan kami. Mereka tidak mahu dengar cakap sehingga kami terpaksa tahan telinga setiap kali berdepan situasi ini.

“Kami cuma minta mereka faham, di dalam kedai ada pe­langgan kanak-kanak, wanita dan warga emas. Tidak susah pun kalau ikut peraturan demi kebaikan semua,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Pengusaha Tea Kadai, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan mengakui ramai pelanggan mula menerima arahan larangan tersebut.

“Peratusan pelanggan yang ingkar arahan semakin berkura­ngan berbanding sebelum penguatkuasaannya pada 1 Oktober lalu.

“Kami tegur dan biasanya mereka akui. Selain itu, ramai juga yang mula berjaga-jaga kerana takut dikenakan tindakan oleh pihak penguat kuasa berkuasa,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menguatkuasakan Akta 852 yang merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan serta larangan merokok di tempat awam bermula 1 Oktober.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN