fbpx
HASHNUDDIN bergambar depan rumahnya sendiri yang ditenggelami air.

Bomba tetap bertugas walau rumah sendiri ditenggelami air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Anggota bomba sememangnya menjadi barisan hadapan paling penting dan amat diperlukan dalam menghadapi bencana banjir yang melanda.

Disebalik tugas seharian memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara sebenarnya ada antara anggota dan pegawai bomba yang bertugas itu sendiri menjadi mangsa banjir.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussein berkata, biarpun menjadi mangsa banjir ia tidak menghalang beliau melaksanakan tugas memindahkan mangsa di sekitar Temerloh.

“Pada masa ini saya bersama isteri tiga orang anak dan cucu termasuk seorang bayi dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh.

“Walaupun dipindahkan ia bukanlah menjadi halangan kepada saya untuk terus bertugas membantu memindahkan mangsa banjir,”katanya di sini semalam

Menurut Hashnuddin kesan banjir yang turut menjejaskan rumahnya menguatkan lagi semangatnya untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Katanya, dalam keadaan ramai mangsa yang masih memerlukan bantuan khidmat anggota bomba sememangnya amat diperlukan.

Sementara itu Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Sobri Salleh berkata, setakat ini anggota-anggota bomba yang turut terjejas masih lagi terus bertugas.

Katanya, khidmat anggota ini penting memandangkan pihak bomba perlu melakukan tugas 24 jam yang dilakukan secara bergilir.

“Ada anggota-anggota bomba yang turut terkesan akibat banjir dan mereka masih bertugas, cuma pada masa ini saya tiada rekod jumlah yang tepat,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI