fbpx
PENGGUNA jalan raya perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan termasuk di jalan raya.

Luahan pembaca: Jalan raya bukan ‘tong sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG

RAMAI antara kita pernah melihat situasi di mana pemandu membuang sampah dari dalam kereta ketika berada di atas jalan raya.

Bukan setakat tisu, plastik aiskrim dan puntung rokok, malah ada pemandu yang tidak bertanggungjawab ini tanpa segan silu membuang bekas makanan, botol air selain pampers anak.

Perbuatan membuang sampah ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan dan kebersihan persekitaran, malah juga boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Sampah seperti botol, plastik, dan bekas makanan yang dibuang di atas jalan berpotensi menyebabkan kemalangan sekiranya terlanggar atau tergelincir.

Justeru, saya amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas bagi membendung masalah ini, seperti mempertingkatkan rondaan penguatkuasaan, memasang papan tanda larangan, serta menguatkuasakan denda kepada mereka yang didapati bersalah membuang sampah dari kenderaan.

Langkah kesedaran juga penting untuk memastikan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya selain memberi ‘signal’ kepada yang lain bahawa jalan raya bukanlah tong sampah.

RAHIMI
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN