fbpx
KEADAAN trafik sesak teruk di ICQS Rantau Panjang semalam apabila ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan bercuti ke Thailand sempena cuti Deepavali.

Bengis ‘sangkut’ dua jam hilang bila lepas ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Pintu sempadan Malaysia – Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini ‘diserbu’ rakyat tempatan yang mahu bercuti ke negara jiran itu sempena cuti perayaan Deepavali semalam.

Tinjauan mendapati, bas persiaran dan kenderaan mula memasuki ICQS Rantau Panjang seawal pukul 7 pagi sehingga mencetuskan kesesakan sepanjang 500 meter.

Seorang pelancong, Norhayati Mat Yakoob, 30, berkata, dia terpaksa menempuh kesesakan sebelum melepasi sempadan ICQS.

“Hari ini (semalam) dah mula sesak, saya masuk awal untuk mengelak kesesakan, tetapi tak sangka tersangkut juga.

“Hampir sejam juga me­nunggu giliran untuk melepasi pemeriksaan,” katanya ditemui Kosmo! di pekan Rantau Panjang di sini semalam.

Seorang lagi pelancong, Mohd Nizam Abdullah, 35, mengakui terpaksa mengambil cuti awal semata-mata untuk melancong ke Hatyai, Thailand.

“Saya berbuat demikian untuk mengelakkan kesesakan luar bia­sa kerana ramai pelancong luar Ke­lantan akan masuk ke Thailand,” katanya.

Menurutnya, situasi sesak itu tetap berlaku dan ia situasi biasa bagi pelancong untuk masuk ke Thailand.

“Saya sudah lali dengan situasi ini, ini bukan pengalaman pertama buat saya. Asal cuti sekolah, cuti perayaan orang Malaysia berduyun-duyun masuk ke Thailand.

“Tersangkut di pintu sempadan selama sejam hingga dua jam perkara biasa,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di pekan Rantau Panjang, Napisah Harun, 46, berkata, situa­si sesak di sekitar kawasan daerah itu bermula semalam dan akan berlarutan sehingga Sabtu ini.

“Situasi ini kembali reda apabila berakhirnya cuti sekolah nanti,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN