fbpx
Seramai 216 anggota daripada kumpulan kedua pasukan Malbatt 850-11 berkumpul di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, Shah Alam sebelum berlepas ke Lebanon pada 7 Oktober tahun lalu.

Malbatt 850-11 bukan calang-calang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anggota Malbatt 850-11 yang dipilih untuk menyertai misi pengaman di Lebanon sebuah pasukan yang bukan calang-calang dan mempunyai pengetahuan khusus dalam misi yang disertai mereka.

Penganalisis keselamatan, Fuad Mohd Nor berkata, pasukan pengaman Malaysia tidak pernah gagal dalam menjalankan misi pengaman mereka selama ini, bahkan artileri yang dibawa juga mencukupi.

“Pasukan kita pergi ke sana dengan peralatan tentera yang sudah memadai dan ilmu yang ada terhadap anggota kita juga amat hebat. Insya-Allah tidak perkara buruk yang berlaku.

“Persenjataan dan peralatan lain mencukupi bahkan kita juga bawa sekali kereta perisai untuk menyertai misi di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan keadaan anggota Malbatt 850-11 yang kini sedang menghadapi situasi gen­ting di kawasan sempadan Lebanon dan Israel berikutan serangan pasukan Iran terhadap rejim Zionis ketika ini.

Katanya, ketika ini misi pasukan Malbatt 850-11 ternyata bukan sesuatu yang mudah kerana peperangan besar sedang
berlaku di kawasan konflik tersebut.

Namun jelasnya, melihat kepada situasi dan perkembangan di sana, ternyata misi halus Israel dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) adalah bagi mengusir pasukan PBB yang berada di sempadan tersebut.

“Keadaan ini terpulang kepada pihak PBB, adakah mereka ingin menghentikan misi pengaman tersebut atau ingin teruskan. Jika dilihat kepada situasi Israel dan sekutunya hanya ingin mengusik dan menghalau tentera pengaman dari kawasan terlibat.

“Misi mereka jika berjaya mengusir anggota PBB di sana maka lebih senang untuk mereka menyusun strategi baharu,” jelasnya.

Media sebelum ini melapor­kan, Malbatt 850-11 yang berpangkalan di Tibnin dan Marakah dilaporkan selamat selepas serangan rejim Zionis ke atas ibu pejabat UNIFIL di Naquora.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan melalui udara dan pencerobohan melalui darat yang berterusan di Lebanon.

Sementara itu, bekas Pang­lima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Badaruddin berkata, persediaan dan latihan yang dijalani anggota tentera Malaysia selama ini diyakini mampu untuk melawan segala apa kemungkinan yang bakal berlaku di sana.

“Insya-Allah saya amat yakin dengan kemampuan anggota kita yang telah dipilih untuk menyertai misi di sana,” jawabnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN