fbpx
SUSPEK diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka untuk permohonan reman. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

Bekas wartawan direman disyaki minta suapan jual gelaran Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bekas wartawan direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM48,000 daripada seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka, tahun lalu.

Perintah reman sehingga 14 Oktober ini dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek wanita berusia 42 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita terbabit ditahan pukul 3.45 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang ahli peniagaan sebagai balasan bagi mendapatkan pengurniaan Datuk Seri sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka pada tahun lepas.

Katanya, siasatan awal mendapati wang rasuah yang diterima suspek dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya dan disyaki berlaku puluhan transaksi kemasukan wang dari 2022 hingga 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN