fbpx
KEADAAN lengang di Terminal Pengangkutan Awam, Kluang meresahkan peniaga kerana ketiadaan pelanggan.

Lengang tunggu masa gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Peniaga di Terminal Pengangkutan Awam merayu tindakan segera dapat dilakukan bagi menghidupkan se­mula aktiviti perniagaan yang dijalankan sejak 29 tahun lalu itu.

Ini kerana selepas ‘ditinggalkan’ pada tahun 2012 apabila sebuah pasar raya berdekatan terminal itu ditutup, perniagaan yang sebelumnya sentiasa dipenuhi pelanggan menjadi lengang dan ramai peniaga gulung tikar.

Daripada 80 buah gerai yang beroperasi sepenuhnya sebelum ini, hanya tinggal kira-kira 10 gerai mampu bertahan walaupun pendapatan sekadar cukup untuk menampung kehidupan harian malah ada ­ketika balik tangan kosong apabila jualan cukup untuk modal pu­singan sahaja.

Fairos Muhammad, 55, berkata, sebelum ini ada sebuah pasar raya bersebelahan dengan terminal ini, namun sudah ditutup menyebabkan orang ramai tidak lagi berminat datang ke kawasan ini kecuali untuk naik bas atau teksi.

“Selepas pasar raya itu ditutup operasinya, kawasan terminal ini terus sepi daripada kunjungan orang ramai.

“Justeru itu, terminal yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Mahkota ini dapat dihidupkan dengan mengambil pendekatan menang-menang antara peniaga serta pihak pentadbir,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Fairos, pihaknya tidak akan mampu untuk bertahan dalam tempoh yang lama sekiranya perniagaan hanya dapat penat tanpa boleh menyimpan untuk masa hadapan keluarga.

Dalam pada itu, seorang peniaga Rahimah Arazad, 64, berkata, dulu berniaga di situ lumayan pendapatan sehari, kini selepas pasar raya itu di­tutup tiada lagi pelanggannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN