Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
Rahman (kanan) dan Raihanah.

Terkini

[VIDEO] Syarikat, 2 pengarah didakwa guna logo halal tanpa diperakui

  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 30 Disember 2020, 12:30 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa pada awal bulan ini.

Tertuduh, Rahman Sheik Abdullah, 44, dan isterinya, Raihanah Kasim, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage Sdn. Bhd. didakwa telah memperakui perkhidmatan berhubung makanan halal itu dengan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori Isuzu.

Syarikat berkenaan dituduh melakukan perbuatan itu di premis perniagaannya terletak di Taman Perniagaan Setia di sini pada pukul 1 petang, 1 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (A) perintah yang sama.

Jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda maksimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, didenda sehingga RM500,000.

Bagi pertuduhan kedua, Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat Raihanah Enterprise didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah lori model Mitsubishi di lokasi dan waktu yang sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (B) perintah yang sama dan dibaca bersama Sesyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, didenda sehingga RM200,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, T. Ashivinii memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi dan RM50,000 kerana kes logo halal itu mendapat liputan meluas media di samping dibincangkan di Parlimen.

Namun kedua-dua peguam mewakili pengarah berkenaan, Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim merayu agar jumlah itu dikurangkan memandangkan syarikat itu masih beroperasi dan mempunyai 20 pekerja.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu diikat jamin masing-masing sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 19 Januari ini.-K! ONLINE

Tags: dakwahalallogoMAHKAMAHpalsuundang-undang
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Aina Abdul tempat keempat Eurovision Asia 2026

15 November 2026, 12:20 am

Lelaki maut ditembak rakan sekerja di depot simpanan minyak

15 November 2026, 12:07 am

PRN Melaka: Rakyat yakin usaha penyatuan ummah – Abdul Hadi

14 November 2026, 11:49 pm

Skuad B-16 kembali ‘bernyawa’ buru slot Piala Asia 

14 November 2026, 11:34 pm

PRN Melaka: Ramai calon BN-PN menang majoriti besar

14 November 2026, 11:32 pm

Anwar, Azizah ke Manila sertai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49

14 November 2026, 11:23 pm

PRN Melaka: Tahniah BN, semoga amanah ini digalas – Anwar

14 November 2026, 11:21 pm

PRN Melaka: Senarai penuh keputusan rasmi

14 November 2026, 11:00 pm

BERITA BERKAITAN

Penyamar ‘ADC’ Raja Muda Selangor didakwa lagi

13 November 2026, 5:34 pm

Pemuda tular pijak al-Quran dijel 12 bulan, denda RM250,000

13 November 2026, 4:22 pm

Keputusan akhir pendakwaan Azlan Man diketahui 20 Januari depan

13 November 2026, 3:30 pm

Peguam Harith Iskander tarik diri dalam kes saman Rosmah isu ‘body shaming’

13 November 2026, 1:17 pm

Pesara guru tidak mengaku amang seksual tujuh pelajar

13 November 2026, 1:13 pm

Saya bukan suka-suka lempang dia – Bapa saudara

12 November 2026, 12:29 pm

Mahkamah Rayuan benarkan 1MDB guna afidavit bekas ‘personal shopper’ Rosmah

12 November 2026, 12:08 pm

‘Perbuatan ganas seperti ini tidak boleh diterima’

12 November 2026, 10:21 am
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)