fbpx

Komitmen pelaburan 6 syarikat GLIC RM120 bilion program GEAR-uP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi komitmen secara kolektif untuk dana berjumlah RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia adalah sampingan pelaburan-pelaburan mereka di dalam pasaran modal awam bernilai RM455 bilion.

Komitmen itu ada fasa pertama di bawah program dikenali sebagai GEAR-uP yang disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih terutamanya dalam bidang semikonduktor.

Enam GLIC itu ialah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di samping sasaran pelaburan dalam HGHV, ia juga merangkumi pelaburan di seluruh kitaran perniagaan seperti syarikat pemula (start-ups), modal teroka (venture capital) serta syarikat peringkat pertengahan, seterusnya menyokong penyenaraian saham syarikat-syarikat tersebut.

Menurut beliau, pelaburan-pelaburan ini menjadi teras utama bagi program GEAR-uP dengan tujuan memacu pertumbuhan ekosistem ekonomi baharu dan meningkatkan penyertaan GLIC dalam ikhtiar pembangunan negara.

“GLIC ini akan menggunakan kepakaran masing-masing untuk mencapai matlamat bersama, iaitu ‘Menaikkan Siling’ kedudukan ekonomi negara dan ‘Menaikkan Lantai’ kualiti hidup rakyat.

“Bagi mencapai sasaran-sasaran kerangka Ekonomi Madani, terdapat keperluan menggerakkan semua pihak di seluruh negara termasuk pihak korporat.

“Melalui penglibatan menyeluruh ini, GLIC akan meningkatkan tumpuan mereka kepada pelaburan tempatan dan modal yang dilabur ini boleh memanfaatkan semua rakyat serta melahirkan ekosistem-ekosistem ekonomi baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI