fbpx
SETIAP rakyat Malaysia perlu mahir dan tidak kekok bertutur dalam bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa kebangsaan. – GAMBAR HIASAN

Guna bahasa kebangsaan pun boleh maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Biarpun negara ini sudah lama mencapai kemerdekaan, namun masih terdapat segelintir masyarakat di Malaysia lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Lebih mengecewakan, ramai beranggapan jika ingin maju perlu menggunakan bahasa Inggeris dan mereka mengambil contoh negara jiran, Singapura yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Mereka sering mengaitkan kejayaan Singapura dalam mencapai tahap negara maju sejak 20 tahun ini kerana menggunakan bahasa Inggeris. Persoalaannya, betulkah pemikiran sebegitu?

Pemikiran sebegini tidak masuk akal dan banyak contoh negara-negara yang kurang menggunakan bahasa Inggeris berjaya mencapai tahap negara maju.

Berdasarkan kedudukan penguasaan bahasa Inggeris bagi negara yang bahasa ibundanya bukan Inggeris yang dikaji oleh EF Education pada 2023, Singapura berkedudukan ke-4, Malaysia ke-28, manakala Korea dan Jepun masing-masing berkedudukan ke-37 dan ke-78.

Walaupun Korea dan Jepun merupakan antara negara termaju di Asia, namun penguasaan bahasa Inggerisnya sangat rendah dan ia tidak menjejaskan perkembangan ekonomi.
Kalau dilihat Perancis yang menduduki ranking ke-31 dan Itali (ke-35) sebagai negara maju di Eropah, penguasaan mereka juga lebih rendah daripada Malaysia.

Tambahan pula kejayaan perkembangan ekonomi Jepun boleh dilihat sejak Perang Korea pada 1950-an, yang mana Amerika Syarikat telah membuat banyak tempahan senjata dari syarikat-syarikat perindustrian di negara berkenaan.

Jelaslah perkembangan ekonomi sesebuah negara tiada kaitan sekali dengan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya berkait rapat dengan kelebihan dasar-dasar
kerajaannya serta peluang dari politik antarabangsa.

Namun, kepentingan pembelajaran bahasa Inggeris tidak dapat dinafikan kerana ia ialah bahasa antarabangsa.

Jangan pula memandang rendah terhadap bahasa kebangsaan kerana setiap warganegara wajib mempelajarinya.

TEO WEI HONG
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN