fbpx
SITI Nurhaliza berjaya mencipta pengaruh luar biasa dalam industri seni tanah air.

Siti ‘mendunia’ sebab kekal prinsip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SATU perkara yang mengagumkan tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah beliau masih hebat mengalunkan vokal emasnya pada usia berbaki lima tahun berstatus separuh abad.

Masih segar di fikiran peminat terutama rakyat Singapura yang menjadi antara lautan manusia menyaksikan figura itu di Star Theatre selama dua malam berturut-turut.

Pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin bertuah dan merupakan antara insan istimewa yang diberikan kudrat, bakat dan rezeki yang barangkali mereka seusianya tidak berpeluang merasai nikmat yang sama.

Penulis sendiri percaya, segala apa yang dikecapi penyanyi nombor satu tanah air itu adalah cerminan, kerja keras dan perihal baik-baik dilunaskan sedari dahulu.

Hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri seni, banyak sepak terajang yang diharungi penyanyi dan usahawan kosmetik itu.

Masih ingat lagi sewaktu fenomena Tsumawi, Siti Nurhaliza tetap bertahan.

Sewaktu Misha Omar menjadi peserta ‘residen’ Anugerah Juara Lagu (AJL), Siti Nurhaliza tetap juga bertahan.

Sewaktu Siti Nurhaliza memutuskan untuk menamatkan zaman solo dengan lelaki dikenali sebagai Datuk K pada tahun 2006, beliau tetap setia menabur bakti sebagai seorang pemuzik penuh kecekalan dan tanpa rasa mengalah.

Masih kekal di keringat penulis, Siti Nurhaliza begitu menjaga batas dengan lelaki. Tidak kiralah mat salih atau orang tempatan, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatakan ‘tidak’ andai didekati peminat atau rakan selebriti di atas pentas.

Sejak muda lagi, Siti Nurhaliza menjaga batas pergaulan dan keterampilannya di mata awam. Tidak kisahlah orang kata penyanyi berimej kampung atau ‘acah-acah suci’, beliau kekal berpegang dengan prinsip tersebut.

“Ibu Siti berpesan kalau betul hendak bergelar artis, tidak boleh berpakaian yang mencolok mata,” kata pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Antara pereka fesyen yang sudah ‘masak’ bekerja dengan Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu termasuklah Michael Ong.

Kata Michael, Siti Nurhaliza mempunyai garis panduan tertentu dalam soal penampilan atau imej.

“Kolar tak boleh rendah atau pendek daripada 5.5 inci. Tak boleh terlalu ketat di (bahagian) lengan. Kain tidak boleh terlalu nipis dan semuanya kena labuh,” katanya menerusi satu dokumentari.

Biarpun hidup dilambung ombak sederas mana sekali pun, kalau memang sudah ada akar pendiriannya, berpeganglah hanya kepada itu dan itulah yang dipegang oleh Siti Nurhaliza.

Jangan biarkan orang atau faktor luaran lain mengubah pendirian kita. Siti Nurhaliza adalah bukti atau epitome diri seseorang sekarang adalah cerminan mereka pada waktu muda.

Untuk mencapai status seperti apa yang digapai beliau, pastinya banyak pengorbanan harus dilakukan.

Sungguh, kejayaan itu tidak datang bergolek dan untuk Siti, beliau sangat bertuah kerana bakatnya kekal dihargai sehingga sekarang dalam pada penyanyi generasi baharu mengepak sayap mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN