TIADA siapa yang boleh menafikan kehebatan sutradara Indonesia, Joko Anwar setiap kali menghasilkan sesebuah naskhah terutama filem.
Hampir semua naskhah arahannya dapat sambutan hangat dan meraih kutipan tinggi di pawagam. Itulah penangan Joko Anwar.
Baru-baru ini, bukan Diva sahaja kagum dengan karya terbaharunya berjudul Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams untuk platform Netflix, Nabila huda juga mengakui kehebatan naskhah itu.
“Lain macamlah otak Joko Anwar ini. Nak letak dalam ‘bucket list’ agar satu hari nanti ada rezeki bekerja bawah arahan dan karya dia.
“Harapnya dapat sebelum tua kerepot. Dapat jadi watak pembantu pun okey atau pelakon ekstra juga tidak kisah. Asalkan dapat pengalaman itu sekali seumur hidup,” katanya.
Tak salah pun ada impian sebegitu dan harap Nabila dapat peluang itu.
Tak sabar pula menanti perkara tersebut benar-benar berlaku. Joko Anwar, tolong ambil Nabila berlakon ya!
DIVA: Ramai artis veteran dapat bantuan baru-baru ini, terima kasih buat Perdana Menteri yang prihatin nasib anak seni.













