Peluang menjejaki Aceh, Indonesia baru-baru ini memberikan pengalaman amat bermakna, apatah lagi ini kali pertama penulis berkunjung ke kota yang dahulunya dikenali sebagai Kutaradja itu. Ternyata, sepanjang lima hari empat malam di sana bagi memenuhi jemputan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang, persepsi terhadap Aceh amat berbeza kerana wilayah itu bukan sahaja kaya dengan budaya dan nilai islamik, malah terdapat pelbagai lokasi indah untuk dikunjungi. Sinonim dengan jolokan Serambi Mekah, kita semua sedia maklum wilayah itu semakin bangkit dan…














