fbpx
Mohd. Zaidi (tiga dari kiri) dan Nur Hayati (kanan) menunjukkan buah-buah durian yang dirosakkan kera dan tupai di kebun mereka di Kampung Teluk Temelah di Baling semalam.

Ini semua kera punya pasal…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Buah durian baru nak masak, tetapi sudah diro­sakkan angkara tupai dan kera.

Itu keluhan seorang pemilik kebun, Mohd. Zaidi Husain, 45, yang memberitahu, lebih 500 biji buah durian jatuh ber­taburan di dusunnya dalam tempoh seminggu ini selepas dirosakkan binatang liar itu.

“Sedih melihat buah-buah durian yang belum masak ranum yang beratnya lebih satu kilogram jatuh di tanah akibat perbuatan kera dan tupai.

“Buah-buah ini hampir masak, tetapi sayangnya telah rosak termasuk putiknya yang sedap dibuat sayur,” katanya ketika ditemui di Kampung Te­luk Temelah, di sini semalam.

Kata Mohd. Zaidi, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menakutkan binatang liar itu termasuk mengetuk tin-tin atau zink di pokok serta melempar mercun bola untuk menghalau.

“Mula-mula sudah tidak datang, tetapi haiwan itu datang semula merosakkan buah-buah di dusun ini. Kami telah memohon lesen untuk memiliki senapang, tetapi tidak diluluskan.

“Oleh itu, kami amat berharap pihak berkaitan tampil membantu pekebun-pekebun ini mengatasi masalah haiwan liar yang semakin banyak. Jika tidak diatasi segera, kemungkinan hasil-hasil pengeluaran buah-buahan akan semakin merosot pada tahun hadapan,” katanya.

Nur Hayati Mohd. Khosim, 32, pula berkata, dia dan suami, Asman Mahmud, 38, turut mengalami masalah yang sama apabila lebih 50 biji buah durian putik dijatuhkan oleh binatang liar setiap hari.

“Kami terpaksa tebas kawasan kebun ini dan menja­ganya dari pagi hingga ke petang untuk mengawal kehadiran binatang liar daripada merosakkan buah-buahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN