fbpx

Polis kesan dua individu perdaya pasangan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran

KUALA PILAH – Polis kini mengesan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai memperdaya pasangan warga emas kononnya untuk menghulurkan bantuan dalam kejadian di Kampung Senaling, 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kira-kira pukul 3 petang semasa sepasang suami isteri warga emas berusia 92 dan 84 tahun berada di rumah, mereka didatangi oleh seorang lelaki dan seorang perempuan bertudung gelap menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Menurutnya, dua suspek berkenaan menawarkan bantuan sebanyak RM300 daripada jabatan tertentu.

“Kedua-dua saspek telah meminta pasangan suami isteri warga emas menunjukkan kad pengenalan untuk catitan butiran peribadi bagi menerima bantuan berkenaan.

“Ketika suspek perempuan mencatit butiran peribadi bersama pasangan suami isteri warga emas berkenaan di luar rumah, suspek lelaki meminta kebenaran menggunakan tandas di dalam rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Amran berkata, kedua-dua suspek beredar dan pasangan suami isteri berkenaan hanya tersedar mereka telah kehilangan wang tunai sebanyak RM1,509 kira-kira pukul 4 petang.

Menurutnya, wang berkenaan diletakkan di dalam bag yang disangkut pada pintu almari dalam bilik tidur dan disedari telah lesap pada pukul 4 petang.

“Mangsa mengesyaki wang tersebut telah diambil oleh saspek lelaki semasa masuk ke dalam rumah untuk menggunakan tandas.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Siti Hajar Atika Mohd Yunos di talian 013 6937225 atau menghubungi bilik gerakan 06 4842223 sambungan 318.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI